Monday, July 27, 2009

undang-undang pertubuhan

Fasal 1 NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama “Pertubuhan Sosial Gabungan Dua Satu Johor Bahru, Johor”.
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

Fasal 2 TEMPAT URUSAN BERDAFTAR

1) Alamat dan tempat urusan berdaftar pertubuhan ini ialah di No.14 Jalan Padi Ria 17, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor atau ditempat atau ditempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat adalah juga di No.14 Jalan Padi Ria 17, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Rekabentuk
Lambang Pertubuhan Gabungan Dua Satu Johor Bahru mempunyai dua lakaran berbentuk bujur. Satu lakaran bujur berada di luar dan saiznya lebih besar sedikit dari yang di dalamnya. Terdapat tulisan G21 diatas dua lakaran berbentuk bujur itu.

Keterangan
Dua lakaran berbentuk bujur melambangkan “ Kemuafakatan Di Dalam Pertubuhan”. Huruf G adalah ringkasan dari perkataan Gabungan yang melambangkan akan semangat setiakawan dan bersatu di antara semua ahli. 21 memberi maksud akan penubuhan asal adalah dianggotai oleh 21 orang.

Warna Biru pada lakaran bujur melambangkan ahli pertubuhan yang bersatu.
Warna Merah pada huruf G melambangkan akan semangat dan keberanian semua ahli untuk menempuh segala halangan.
Warna Kuning pada nombor 21 melambangkan akan warna Raja-Raja Melayu.

Fasal 4 TUJUAN / MATLAMAT

1) Membantu semua ahli yang ditimpa musibah dengan memupuk semangat setiakawan dan saling bantu-membantu sesama ahli.

2) Memungut derma dan sumbangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti Pertubuhan dengan syarat ianya mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

3) Memohon menyewa, membeli dan memiliki tanah, bangunan, rumah dan harta tetap yang lain bagi tujuan pertubuhan dengan syarat kelulusan daripada pihak berkuasa diperolehi terlebih dahulu.

4) Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam saluran yang dijamin oleh kerajaan.
“ Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau perlaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukkan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja Pertubuhan ini. “

Fasal 5 KEAHLIAN

1) Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermaustatin di daearah Johor Bahru, Johor, beragama islam, tidak mengira jantina serta berumur lebih dari 21 tahun. Keutamaan diberikan kepada pemandu teksi sekitar bandaraya Johor Bahru. Jumlah keahlian tiada dihadkan.

2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak bolah diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

No comments: